Abang Long dok berbual dengan Mizi tpg. Baju belang2 lagi tu kelas gitu!
Rafek dok berbual dengan Bard. Kat KB pun mamat ni tak miss gi gym.
Salam buat semua , kekawan F41 . Semasa saya balik bercuti tempoh hari di Kota Bharu saya telah bertemu dengan Rafek dan Abang Long .
Abang Long sekarang keje di Tesco KB , dia tinggal di Terengganu jadi tiap2 minggu berulang alik la jumpa family dia kat sana . Masa gambo ni di ambil dia orang ni dok sibuk talipon geng F41 yang lain. Seronok la sekejap.
Well , Rafek keje kat KB ada buat kontrak pasang kabel kat bangunan KBTC depan Pasar Siti Khatijah selama sebulan , minggu depan kena gi Terengganu dan Kuantan pulak . Ada masa dengan dia, we all gi Rantau Panjang dan bawa dia round2 KB area and tak lupa makan....... kami gi Nasi Ulam Cikgu dan Nasi Kukus Jaeman memang terkenal kat sana ni. Malam pulak bawa dia gi Pantai Cahaya Bulan.
Hanya sempat ambil gambar kat KFC je , dah terlalu leka bercerita . Mereka kirim salam kat semua kekawan F41,
Azwani Alias