Wednesday, June 17, 2009

Kelakar le tu!

  • Siapa ludah?
    Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'Alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adoii... malu pulak lah nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai. Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'macam mana nak buat ni' Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir. 'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit. 'sapa yg #@#@##@% ludah kat luar tadi hahhh !!!! Baik korang mengaku!!!'Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri. 'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...' Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu. 'Makcik diam!', kata Mamat tu. 'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia' jerit Mamat ni.Then takde seorang pun ngaku. Mamat ni check tiap lelaki kat dalam bas tu. 'pelik!?!? tak de yang bermisai.Dia pun turun dari bas dengan perasaan hairan+marah dan terus blah.
  • Poskad
    Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulitdengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu AhmadSuffian yang dirinya mengandung ...Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telahmengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untukmelahirkan anak mereka di sana ...Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebutsehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruhSutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulisperkataan Mee Bandung dibelakangnya setelah anak mereka lahirnanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untukanaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang darikerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yangkeliru ...Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni, kata Norzalina.Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,kata Ahmad Suffian.Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihatAhmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffianbertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!Poskad itu berbunyi ...Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!

  • Kisah si mamat..!!!
    Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.Selepas semuanya selesai barulah dia orang tidur. Ketika sedang nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bang! un mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat? lantas Si Mamat jawab, Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi.Masya Allah.., mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat

  • Pakaian Haiwan
    Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.Pak Abu: Berapa upahnya?Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!Pak Abu: Baiklah nak.Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.Pak Abu: Baik nak.Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya. Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik!.Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu.. La.. orang jugak ke... addthis_url = 'http://isuhangat.blogspot.com/2007/12/cari-makan-jugak.html'; addthis_title = 'Cari makan jugak' addthis_pub = '';

  • Sepa si bedebah tue?
    Sang ayah Dan ibu sangat marah ketika mengetahui anak perempuan mereka hamil.Siapa si bedebah itu ! jerit sang ayah, sedang is ibu menangis.Suruh dia datang kesini!Si anak pun menelefon lelaki yang menghamilinya.Setengah jam kemudian sebuah Ferrari merah berhenti di depan rumah.Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masukke rumah. Lelaki itu berhadapan dengan ibu dan ayah perempuan yang telahdihamilinya. Dia berkata, Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapiterus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isterisaya tak mengizinkan.Namun bagaimanapun, saya akan bertanggung jawab. Sekiranya anak andamelahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buahsupermarket, sebuah hotel dan wang tunai.Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buahKereta mewah, dua buah supermarket, dua buah hotel dan wang tunai.Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis.Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah berkata,Kalau keguguran, kamu cuba lagi ya !!

  • Lawak..lawak..hahaha
    LEMAH BIAyah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.SUDUDoktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.Doktor : Kenapa?Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

  • Seorang Duda
    Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ?? tanya Amat.Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa! kata Usin membodek Amat. Tapi... .kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.. kata Usin lagi.Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap janji Usin kepada Amat.Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.Usinnnnnnnnnn! !!!!! jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. Kau tipu aku Sinnnn!!! jerit Amat sambil mencekik leher Usin.Tipu apa plak tanya Usin bingung.Kau kata 18thn!!!! balas Amat.La... bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn... tapi dia dah menjanda 18thn!!!Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!

  • Beri makan kawan
    Seorang guru Tadika bertanya kepada semua murid-muridnya tentang cita-cita mereka. Semuanya silih berganti menyatakan cita-cita hendak menjadi doktor, jurutera, akitek, akauntan, pensyarah, ahli koprat, ahli politik, saintis, angkasawan, pengarah.Hanya seoarang sahaja yang cita-citanya mahu menjadi petani.Guru Tadika: Sudin, mengapa cita-cita kamu hanya hendak menjadi petani?Sudin: Saya hendak beri makan kawan-kawan saya.Betul juga, kalau semua nak berkerjaya kolar putih siapa yang nak jadi petani, siapa nak angkat sampah,siapa nak jadi mat despatchkan?

  • Lawak bodoh-bodoh
    Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

  • Disunatkan..... :D
    Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan. hohoho

Cerita Lawak Pendek

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia. Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tu...