Friday, February 6, 2009

Antara Kita Ada Derita

Mizi. Ku cuba mengingati kenangan lama. Tapi.... semuanya kabur belaka. Hanya gambar ini yang bisa bercerita. Pada senda dan tawa. Pada sendu dan airmata. Kerana kita insan biasa. Antara kita ada derita.

Mizi, jiwamu penuh ketabahan. Hatimu penuh keikhlasan. Tak pernah ku dengar suara keluhan. Bicaramu penuh kerendahan. Tak pernah ku lihat wajah kekesalan. Hanya ku lihat wajahmu penuh senyuman, penuh senyuman...

Mizi, usahlah kau bersedih. Biar lautan menjadi buih. Kasih kami padamu tak pernah tersisih. Pada Ilahi kami merintih. Moga kesihatanmu kan segera pulih.

Pada jiwa-jiwa yang murni. Pada hati-hati yang menyayangi. Marilah kita sama-sama berbakti. Mari tunjukkan bukti. Tanda kasih tak berbelah bagi. Tanda sayang bagai keluarga sendiri.

Untukmu Mizi,kau tidak sendiri. Kerna kami keluargamu ini. Akan senantiasa menemani. Dalam setiap kalimat doa-doa kami. Semoga kebaikan milikmu abadi.

..... andai dapat ku ulangi, cerita semalam yang penuh warna warni. Akan ku gapai warna pelangi. Menjadi selimut yang memayungi. Supaya derita tak mendatangi.... semoga hidupmu bersinar bak mentari..........!

Cerita Lawak Pendek

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia. Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tu...